CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

::Renungan::

Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa apabila mereka dibayangi-bayangi fikiran jahat (berbuat dosa) dari syaitan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya).
[Surah al-A'raf, ayat 201]

Khamis, 13 Mei 2010

Alhamdulillah.Segala Puji Bagi Allah.=)

Alhamdulillah...

Itu saja kata-kata yang mampu terucap ketika ini.
Penantian dan keperitan menanti placement internship sudahpun berakhir.

Alhamdulillah.
Petang tadi baru dapat offer.
Entri sebelum ini, saya ada nyatakan yang saya masih belum mendapat placement ketika itu. Secara tak langsung, entri tersebut adalah untuk mengubat hati supaya bersabar. Tanpa disangka-sangka,petang tadi dalam pukul 6 ada company yang call. Saya tidak begitu mengharap untuk dapat offer di sana.Ibaratnya macam dah putus harapanlah. Tapi, kata orang, rezeki itu rahsia Allah. Nyata Allah lebih mengetahui yang terbaik buat kita.=)

Di mana tempatnya?
InsyaAllah, saya akan berpraktikal di Petlin (M) Sdn Berhad di Kerteh,Terengganu.


Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa mama & papa dan sahabat-sahabat. Akhirnya, doa saya dimakbulkan olehNya.

Ku mohon agar nikmat ini tidak menyebabkan aku leka dan jauh dariMu ya Allah.Moga ada hikmahnya semua ini.

Doakan semoga urusan saya selepas ini dipermudahkan,insyaAllah.Sungguh,cabaran akan semakin bertambah selepas ini dan saya perlu bersedia untuk semua itu.

Jumpa lagi.

P/s:Masih lagi dalam "Exam Week" sekarang.Last paper 2 Jun ni.Minggu depan dah start internship...

7 kritikan membina:

beliamuda berkata...

baguslah kalau dah dapat offer. baru senang hati sikit.

Amin Baek berkata...

tahniah2

~izzati amri~ berkata...

alhamdulillah~

semoga perjalanan tiqah dipermudahkan after this~~ =)

semoga kita masih berbicara dalam lenggok bahasa yang sama sekembalinya dari intern nanti~

Atikah Jamaludin berkata...

alhamdulillah.terima kasih semua.=)

insyaAllah izzati,jati diri masih kuat lg ni.;)

tengku Anis berkata...

:)

Ismi Huda berkata...

tahniah. selamat meneruskan perjuangan di bumi terengganu. see u there. insyaallah

Fakeh berkata...

Cubalah google tajuk BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA AHLU SUNNAH WAL JAMAAH, maka akan fahamlah kita tentang hakikat bangsa ini. Dan cubalah google pula tajuk-tajuk berikut agar kita kenal musuh dalam selimut yang mencari peluang dan ruang untuk mengkhianati bangsa ini, iaitu:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah

FAKEH KHALIFAH SAKA

Blog Widget by LinkWithin