Alhamdulillah...
Tepat pukul 5.30 petang tadi, berakhir sudah Final Exam bagi pelajar Kejuruteraan Mekanikal Tahun 2 Semester 2.
Subjek Mechanics of Machine sebagai penutup tirai Final Exam kali ini.
Secara keseluruhannya biasa-biasa saja.
Dua subjek yang agak kurang memuaskan, Thermodynamics dan Heat Transfer.
Harapnya markah ok la nanti.
Inikah mejaku? Sangat berselerak.Alasan, sebab study...
...
Seperti yang dijangkakan, hari ni ramai sahabat yang bakal pulang ke kampung halaman masing-masing. Saya doakan semoga kalian selamat sampai ke destinasi masing-masing.InsyaAllah.
Seharusnya entri ini ditulis dengan perasaan yang gembira dan teruja sebab dah habis exam.
Tapi entah kenapa,lain pula jadinya.
Maklumlah,tak dapat pulang menyambut Aidil Adha.
Sedih,memang sedih.
Lainlah kalau saya menyambut Hari Raya di sini.
Hakikatnya cuma sekadar menunggu di bumi UTP ini menanti tarikh keramat 28 November untuk OBS.
Terima kasih kepada sahabat-sahabat yang berusaha menggembirakan hati ini.
Cerita tentang perjalanan semester ini yang telah berakhir akan ditulis lain kali.InsyaAllah.
Mencari mood yang betul-betul sesuai untuk menulis.
Ini suratanNya.
Terimalah!
Pasti ada hikmahnya...
Pasti!
InsyaAllah jika tiada aral melintang,saya akan pulang ke kampung halaman 2 minggu lagi.
Rindu mereka di rumah...
Oh ya.
Saya bakal memasuki Fasa pelajar tahun 3 semester akan datang!
Aura berpraktikal makin terasa...
~Renungan~
Rabu, 2009 November 25
Berakhir semester kali ini...
Dicatat oleh NajaTikaH pada Rabu, November 25, 2009 1 kritikan membina
Label: coretan
Ahad, 2009 November 22
Solat, ubat mujarab mengusir kesedihan...
Tulisan ini dipertik dari buku La Tahzan, karya Dr. 'Aidh bin 'Abdullah Al-Qarni.
Selamat membaca dan semoga bermanfaat.
Firman Allah S.W.T dalam surah al-Baqarah, ayat 153;
....Wahai orang-orang yang beriman,mintalah pertolongan(kepada Allah) dengan sabar dan solat...
Apabila ketakutan meliputi anda, kesedihan menghimpit anda, dan kerisauan mencekik anda, maka bersegeralah anda mendirikan solat, nescaya jiwa anda akan kembali tenteram dan tenang!Sesungguhnya solat itu, atas izin Allah, boleh menghilangkan kesedihan dan kerisauan yang menghimpit anda selama ini.
Ketika Rasulullah s.a.w dirundung masalah, baginda bersabda kepada Bilal bin Rabah R.A.
Wahai Bilal, aku dapat merasa tenang dengan solat.
(Al-Hadith)
Begitulah, solat benar-benar merupakan penyejuk hati dan sumber kebahagiaan bagi Rasulullah s.a.w.
Lihatlah sejarah tokoh-tokoh yang hebat!
Kebanyakan mereka,apabila saat mereka dihimpit dengan persoalan hidup dan menghadapi banyak dugaan, maka mereka segera memohon Pertolongan Allah dengan mendirikan solat dengan khusyuk.Begitulah cara mereka mencari jalan keluar, sehinggalah kekuatan, semangat, dan tekad hidup mereka pulih kembali.
Solat khauf misalnya dilaksanakan pada saat-saat genting, yakni saat kematian terjadi di mana-mana dan banyak nyawa melayang akibat peperangan. Apabila keadaan semakin buruk, maka solat akan memperbaikinya. Ini merupakan isyarat bahawa sebaik-baik penenang jiwa dan ketenteraman hati adalah solat yang khusyuk.
Setiap generasi umat manusia yang sedang dideritai berbagai penyakit kejiwaan saat ini, hendaklah sering mengunjungi masjid dan menghamparkan keningnya di atas lantai tempat sujud dalam rangka meraih keredhaan Ilahi. Dengan melakukan sedemikian, nescaya ia akan selamat dari pelbagai kesempitan hidup. Jika tidak, tangisannya mungkin akan membakar kelopak matanya dan menghancurkan urat sarafnya. Maka jelaslah bahawa seseorang itu tidak memiliki sebarang kekuatan untuk meraih ketenangan dan ketenteraman hati melainkan dengan mendirikan solat.
Salah satu daripada nikmat Allah yang paling besar (jika kita mahu berfikir) ialah pelaksanaan solat wajib lima waktu sehari semalam, yang merupakan penghapus dosa dan pengangkat darjat kita di sisi Tuhan. Di samping itu, solat lima waktu juga merupakan ubat yang paling mujarab untuk mrngubati pelbagai kesedihan dan pelbagai macam penyakit yang kita deritai. Betapapun, solat mampu meniupkan ketulusan iman dan kejernihan iman ke dalam relung hati, sehingga hati redha dengan apa jua ketentuan Allah.
Adapun mereka yang menjauhi masjid dan apatah lagi meninggalkan solat, maka mereka hanya akan beralih dari kesusahan ke kesusahan yang lain, dari kegoncangan jiwa ke suatu kegoncangan jiwa yang lain, dan dari kesengsaraan ke suatu eksengsaraan yang lain.
Dan orang-orang yang kafir,maka kecelakaanlah bagi mereka dan Allah menghapus amal-amal mereka.
Surah Muhammad,ayat 8.
...
Moga dengan RahmatMu ya Allah, kami terpelihara dari golongan yang kufur padaMu...
Kurniakanlah kami kenikmatan dalam beribadah...
Rahmatilah kami dan hindarilah kami dari azab api nerakaMu...
Dicatat oleh NajaTikaH pada Ahad, November 22, 2009 1 kritikan membina
Label: Muhasabah diri, Tazkirah
Sabtu, 2009 November 21
Cinta itu indah, tapi...
Buat pembaca blog yang dikasihi,semoga pengisian kali ini menyuntik sesuatu dalam hati kalian.
insyaAllah.
Cerita asal komik oleh Umair Zulkefli.













....
Cinta itu indah, tapi.....
Syariat tetap membataskan.
Ingin bercinta?
Teruskan.
Islam menyediakan sebaik-baik medium yakni perkahwinan.
Jika sudah ada calon,rancanglah ke arah yang lebih baik,yakni perkahwinan.
Yang pasti, perhubungan sebelum perkahwinan itu perlu disertai adab-adab dan batas-batas mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh syariat.
Bercinta tanpa matlamat ibarat menanti sesuatu yang tidak pasti.
Menunggu dan terus menunggu,bahkan hati semakin celaru dek kerana mengingati sang kekasih.
Hati yang tidak tenteram akhirnya mengajak diri melakukan perkara-perkara yang tidak sepatutnya bersama pasangan.
Akhirnya kalah dengan gejolak dan gelora nafsu.
Buat insan-insan di luar sana yang belum pernah bercinta...
Ketahuilah,cinta itu indah.
Namun mendekatinya seperti bermain dengan api.
Salah caranya memakan diri.
Carilah medium yang terbaik untuk mencari calon yang sesuai.
InsyaAllah.
Buat insan-insan di luar sana yang sedang bercinta mahupun yang hampir ke arah itu...
Ketahuilah!
Kalian sedang bermain dengan api.
Usah dicabar firman Allah;
Dan janganlah kamu mendekati zina; (zina) itu sungguh suatu perbuatan yang keji, dan suatu jalan yang buruk.
[Surah al-Isra', ayat 32]
Ya.
Kalian tidak berzina,namun anggota-anggota badan yang lain mungkin tak terlepas dari melakukan zina.
Bahkan hatimu mungkin berzina.
Dek kerana teringatkan si dia...
Maka,beristighfarlah.
Renungkan kembali...
Adakah perbuatan anda selama ini bersama pasangan diredhaiNya?
Rancanglah ke arah perkahwinan.
Jika masih belum mampu atau tidak punya niat ke arah itu,lupakan si dia!
Buat insan-insan yang telah putus cinta...
Bersabarlah.
Kelak engkau akan bertemu insan yang terbaik buatmu.
Janji Allah itu pasti.
Sucikan dirimu,jadilah yang solehah, kelak engkau akan menemukan yang soleh buatmu sebagai teman yang abadi.
Maka bersabarlah kamu, sesungguhnya janji Allah itu benar, dan mohonlah ampun untuk dosamu dan bertasbihlah seraya memuji Tuhanmu pada waktu petang dan pagi.
[Surah al-Mu'min, ayat 55]
wallahualam.
Dicatat oleh NajaTikaH pada Sabtu, November 21, 2009 6 kritikan membina
Label: baitul muslim, cinta, coretan
Ahad, 2009 November 08
KebesaranMu
Kau tempatku mengadu hati
memberi segala hidup
Dunia dan seisinya milik-Mu
Mencintai-Mu sejati
Ku manusia yang penuh dosa
Berharap ampunan-Mu
Lihat di langit kesempurnaan hati-Mu
Kau cinta pertama dalam hidup
Allahu Akbar Maha Besar
Memuja-Mu begitu indah
Selalu Kau berikan semua
Kebesaran-Mu Tuhan
Kebesaran-Mu Tuhan...
[KebesaranMu-ST12]
....
Seringkali lidah ini menyebut-nyebut,cintakan Allah...
Mencoret lagu,mencoret kata...
Namun,tanyakan kembali kepada hati,ikhlaskah kita menyebut asma' Allah...
Benarkah hati kita mencintaiNya...
Benarkah kita benar-benar takut padaNya...
Benarkah?
Kalau benar,mengapa masih lagi kita pandang remeh pada dosa-dosa seharian?
Kenapa masih lagi tak mampu untuk menghayati ibadah...
Solat khususnya.
Hati masih lalai...
Astaghfirullah al azim...
Baru ku tahu mengapa selama ini terlalu banyak dosa,maksiat yang dilakukan.
Sama ada terzahir mahupun tidak.
Hanya satu jawapannya...
Kerana diri ini masih belum mampu menghayati solatku...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah...
Astaghfirullah al azim...
Adakah anda juga begitu?
Dicatat oleh NajaTikaH pada Ahad, November 08, 2009 0 kritikan membina



