Bismillahirrahmanirrahim...
Sekadar berkongsi sedikit sahaja liku-liku kehidupan..Kata bijak pandai, "Orang yg paling bijak adalah orang yang belajar daripada pengalamannya yg terdahulu, tapi orang yg paling bijak adalah orang yg belajar daripada kisah/pengalaman orang lain".
Semalam, saya ada menyertai satu program masyarakat, berziarah ke rumah orang-orang kampung dan memberikan bantuan kepada yang memerlukan. Sesuatu yang saya kira cukup menyayat hati...
Pemilik rumah yang saya dan sahabat2 ziarah itu seorang ibu tunggal. Mempunyai 4 orang anak yang telah berkeluarga dan berkerja semuanya kecuali seorang.Mak cik ni tinggal sorang-sorang je di rumah tu. Ditemani oleh dua orang cucu yang balik bila hujung minggu...
Ibu bapa kepada cucunya ni dah meninggal...Ya Allah,beratnya ujian untuk adik ni. Ketika usia remaja (Tingkatan 4), adik ni telah diuji dengan ujian yang sangat berat...Mak kepada adik ni meninggal (akibat kegugguran) masa adik ni berumur 8 tahun..maish sangat kecil untuk memahami erti hidup.Lepas tu, tak lama kemudian bila adik ni masuk Tingkatan 3, ayahnya pula meninggal kerana Leukimia...Dalam tahun yang sama, neneknya(pemilik rumah yg kami ziarah) tu pula terpaksa dipotong kaki kerana diabetes. Adik tu memang dah macam tak ada semangat lagi untuk belajar, tapi dikuatkan juga semangat...
Tak dapat saya membayangkan betapa beratnya ujian yang Allah berikan kepada adik ni...insan-insan yg tersayang telah pergi...dia cuma ada nenek dan adik dia saja.
Saya termenung sejenak lepas mendengar kisah adik ni (cucu kepada pemilik rumah tu). Dalam hati mengucapkan, betapa tabahnya hati adik ni...masih muda untuk menerima ujian sebesar itu...
Mak cik tu ada menyebut, "Mak cik ingatkan mak cik yang pergi dulu (sebab faktor umur), rupanya anak mak cik yang pergi dulu...".
Sungguh, ajal datang tak mengira usia...
Tabahnya mak cik ni dengan cucunya. Perbelanjaan sehari-harian dapat daripada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM200 sahaja...nak belanja sekolah cucu lagi, beli ubat-ubatan lagi...dengan anak-anak yang jarang menjenguknya di kampung...sedih sangat.
Aku hanya mampu berdoa, moga-moga Allah kurniakan ketabahan buat mak cik ni sekeluarga. Kesusahan yang mak cik ni hadapi adalah ujian daripada Allah g mengajar erti sabar.Ganjaran sabar yang terbesar adalah syurga. Subhanallah...
Reflek kembali dengan kehidupan saya sekarang...walaupun adakalanya terasa susah, tapi hakikatnya ada insan yg lebih susah lagi dan masih mampu tersenyum dengan ujian yang diberi. Sungguh, aku perlu bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang...Terlalu banyak bezanya keadaan mak cik tadi dengan kebanyakan daripada kita sekarang. Kita mungkin hidup mewah, mampu makan dengan aman. Tanpa kita sedar, kesenangan itu juga adalah ujian dari Allah...Ujian yang mengajar erti syukur...
Nikmat kurniaan Allah itu terlalu banyak...tidak cukup dengan cuma mengucapkan kata syukur...tapi perlu dibuktikan dengan perbuatan.
Setiap yg ada di sekelling kita sebenarnya cukup mendidik diri ndai kita berfikir. Bahkan setiap kata-kata yg diluahkan oleh orang lain kepada kita (nasihat) adalah ilham daripada Allah untuk kita bermuhasabah.
Moga Allah bukakan pintu hati ini seluas-luasnya untuk menerima didikan itu sebaiknya.Amiin...
Ya Allah,jadikanlah aku hamba yang besyukur...
::Renungan::
Isnin, 18 Julai 2011
Kesusahan dan kesenangan, dua-dua ujian Allah
Dicatat oleh NajaTikaH pada Isnin, Julai 18, 2011 1 kritikan membina
Label: coretan
Ahad, 19 Jun 2011
Ujian yang mendidik diri menjadi lebih kuat
Alhamdulillah...syukur kepadaAllah kerana dengan kurniaNya, aku masih mampu bernafas di dunia ini.
Sekadar ingin berkongsi...
Beberapa hari ni saya sangat terkesan dengan perkara-perkara yang berlaku kepada insan-insan di sekeliling saya.
Ada yang ditimpa musibah, kesihatan yang kurang baik, result exam yang kurang memberangsangkan, ahli keluarga yang sakit dan sebagainya...
macam-macam yang bermain di fikiran...
Tapi, hanya satu yang mampu untuk diungkapkan, bahawa Allah menguji hambaNya dengan kemampuan hambaNya...
Susah untuk dikatakan, sebab ujian ni suatu benda yang sangat berat, sukar sekali untuk dipikul. kata orang, "Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul...".
Saya pernah mengalami peristiwa yang amat2 pedih dan menyedihkan. Namun hakikatnya, ada pula insan lain yang lebih berat ujiannya.
Ya Allah, dengan peristiwa2 yang berlaku kepada insan-insan di sekelilingku, aku belajar sesuatu.Bahawa Engkau menguji seseorang itu atas kemampuanNya. Dan aku yakin, Engkau menguji hambaMu untuk meninggikan darjatnya pada pandanganMu.
Ya Allah, ampuni diri ini atas segala kekhilafanku...sungguh, terlalu banyak diri ini lalai dari mengingatiMu...
Jika kau merasakan yang kau sudah hilang upaya, ketahuilah Dia sentiasa bersamamu...Dia sedang mengujimu...Sabarmu itu mahkota yang paling indah...Sabarmu itu ganjaran terbesarnya syurga.
Aku belum secekal dan setabahmu.
Moga Allah kurniakan kesabaran yang berpanjangan buatmu...
Dicatat oleh NajaTikaH pada Ahad, Jun 19, 2011 0 kritikan membina
Label: coretan
Jumaat, 27 Mei 2011
Lamanya Blog tak UPDATE!

Salam 'alaik.
Sedar tak sedar dah lebih 8 bulan saya tak update blog!
Oh...ini tempoh yang sangat2 lama.
Saya tak berhasrat untuk tutp blog ni,tapi kekangan masa menghalang saya dari update blog.
InsyaAllah,lepas ni tak akan mengecewakan pembaca2 sekalian lagi...banyak sangat kisah yang berlaku dalam 8 bulan ni.Banyak sangat ilmu2 berguna yang dapat dari insan2 sekeliling.Nak tulis, tapi tak sempat2.
InsyaAllah,update akan menyusul kemudian...(ni betol2 ni,insyaAllah.)
Till then, ceriakan hari anda dengan senyuman, hiasi hari anda dengan mengingati Allah. =)
wassalam.
Dicatat oleh NajaTikaH pada Jumaat, Mei 27, 2011 3 kritikan membina
Label: coretan
Ahad, 5 September 2010
Debu-debu dosa...
Bismillahirrahmanirrahim....
Hampir 4 bulan saya tak meng'update' blog.
Tempoh yang sangat lama bagi saya.
Kenapa ya?
Nak kata kehidupan semakin sibuk, tak juga.
Tiap hari ada saja kelapangan...
Kenapa ya?
Seringkali saya tertanya-tanya kepada diri sendiri.
Akhirnya, saya dapat jawapannya.
Jiwa semakin ketandusan ilmu.
Pengisian jiwa sangat banyak, ada saja di mana-mana.
Cuma penghayatannya kurang.
Astaghfirullah al azim...
Ya Allah, permudahkanlah segala urusanku...
Internship dahpun berjalan hampir 4 bulan.
Begitu cepat masa berlalu, tapi terasa macam banyak sangat yang belum belajar.
Kehidupan sepanjang praktikal ni, alhamdulillah begitu seronok.
Banyak benda baru yang boleh dipelajari.
Alhamdulillah.
Perjalanan masih jauh.
Moga segalanya dipermudahkan oleh Allah.
Ramadhan berbaki lagi 4 hari saja lagi...
Seorang ustaz pernah berkata, "Andai Ramadhan ini tidak memberi sebarang perubahan yang lebih baik kepada kita, pasti ada yang tidak kena pada diri kita."
Periksa kembali diri kita...
.........
Lagu di bawah ni tajuknya "Debu-debu dosa".
Cukup menginsafkan.
Jom sama-sama hayati.
Selamat menjalani ibadah puasa. =)
Ke arah mana halanya
Bagi insan yang terleka
Mengejar nikmat dunia
Bagaikan hidup selamanya
Tak peduli dosa noda
Seksa azab neraka
Hidup jauh dari rahmatNya
Terpedaya pada dunia
Pentas ciptaan manusia
Terlupa pada segala
Mengikut nafsu semata
Membiar syaitan beraja
Di hati dan juga jiwa
Mengejar dunia penuh debu dosa
Teguhkanlah iman dalam diri
Moga dikau akan merasai
Betapa indah nikmat Ilahi
Dan yakin kau akan dirahmati
Harus kau percaya dengan pasti
Dunia tidak kekal abadi
Hanya menguji cekalnya hati
Sebagai khalifah yang sejati
Tak perlu kau meragui
Andai teguh keimananmu
Pasti bahagia menanti
Di akhirat yang abadi
[Debu-debu Dosa-Hijjaz]
Dicatat oleh NajaTikaH pada Ahad, September 05, 2010 0 kritikan membina
Label: lagu, Muhasabah diri
Isnin, 30 Ogos 2010
Sujud
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud
Jika direnung kembali
Dari kehidupan
Pelbagai halangan kutempuh penuh cabaran
Tiada satupun ku hadapi dengan senang dan
Tiada satupun ku hadapi dengan tenang
Tapi ku bersyukur
Di saat ku murung
Ku musikkan dalam kedua telapak tangan
Semangat yang dah luntur
Harapan yang dah terkubur
Diberi arah tukku teruskan
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..
Pernah kulihat mereka
Yang hilang segalanya
Insan yang tersayang
Atau harta benda
Pancaroba bencana juga malapetaka
Adalah sebahagian ujian dunia
Di sebalik kesusahan
Tidak letih mengerti erti kesenangan
Harusku akur dengan apa yang telah dikurnia
Barangkali esok semua berubah
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit cerah bersinar
Janganlah kita melupakanNya
Ketika langit mendung tak bercahaya
Bila dilanda musibah
Hati tabah mula rebah
Jangan biarkan dugaan
Rapuhkan pedoman hidup
Andai waktu itu tiba
Semaikan sifat bersabar
Hanya Dia saja menentu
Dan kita hanya mampu sujud……
Hanya mampu sujud…..
[Sujud-Mawi ft KRU]
Dicatat oleh NajaTikaH pada Isnin, Ogos 30, 2010 0 kritikan membina
Label: lagu
Khamis, 13 Mei 2010
Alhamdulillah.Segala Puji Bagi Allah.=)
Alhamdulillah...
Itu saja kata-kata yang mampu terucap ketika ini.
Penantian dan keperitan menanti placement internship sudahpun berakhir.
Alhamdulillah.
Petang tadi baru dapat offer.
Entri sebelum ini, saya ada nyatakan yang saya masih belum mendapat placement ketika itu. Secara tak langsung, entri tersebut adalah untuk mengubat hati supaya bersabar. Tanpa disangka-sangka,petang tadi dalam pukul 6 ada company yang call. Saya tidak begitu mengharap untuk dapat offer di sana.Ibaratnya macam dah putus harapanlah. Tapi, kata orang, rezeki itu rahsia Allah. Nyata Allah lebih mengetahui yang terbaik buat kita.=)
Di mana tempatnya?
InsyaAllah, saya akan berpraktikal di Petlin (M) Sdn Berhad di Kerteh,Terengganu.
Alhamdulillah, berkat kesabaran dan doa mama & papa dan sahabat-sahabat. Akhirnya, doa saya dimakbulkan olehNya.
Ku mohon agar nikmat ini tidak menyebabkan aku leka dan jauh dariMu ya Allah.Moga ada hikmahnya semua ini.
Doakan semoga urusan saya selepas ini dipermudahkan,insyaAllah.Sungguh,cabaran akan semakin bertambah selepas ini dan saya perlu bersedia untuk semua itu.
Jumpa lagi.
P/s:Masih lagi dalam "Exam Week" sekarang.Last paper 2 Jun ni.Minggu depan dah start internship...
Dicatat oleh NajaTikaH pada Khamis, Mei 13, 2010 7 kritikan membina
Label: coretan
Hikmah sabar dalam berdoa

Ya Allah, aku berlindung padaMu dari rasa sesak dada dan gelisah, dan aku berlindung padaMu dari kelemahan dan kemalasan, dan aku berlindung padaMu dari sifat pengecut dan kikir, dan aku berlindung padaMu dari dilingkupi hutang dan dominasi manusia.
Ya Allah, sihatkanlah badanku, Ya Allah, sihatkanlah pendengaranku, ya Allah, sihatkanlah penglihatanku, tiada Tuhan selain Engkau.
Ini antara doa-doa yang dibaca dalam Mathurat.
Setiap hari, kita membaca doa ini (bagi yang mengamalkan bacaan mathurat setiap hari), tapi sejauh mana penghayatan dan kesungguhan kita ketika memohon padaNya.
Saya tujukan post ni kepada diri saya sendiri, serta kepada insan-insan yang di luar sana, yang masih berasa sebak di dada, yang mana hatinya masih terasa sempit meskipun setiap hari telah membaca kalimat-kalimat doa yang Agung lagi tiada tandingannya.
Sahabat-sahabat, doa itu senjata orang-orang mukmin.
Dan Tuhanmu berfirman, "Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembahKu akan masuk dalam neraka Jahanam dalam keadaan hina."
[Surah al-Mukmin: ayat 60]
Allah S.W.T telah menjanjikan yang doa-doa kita akan dimakbulkannya.
Maka,bersabarlah wahai hati yang mengharap.
Bersabarlah wahai jiwa yang menanti.
Kelak Allah akan mengabulkan permintaan kalian.
Sungguh, begitu perit, perlukan kesabaran dan keyakinan dalam kita berdoa.
Periksa kembali, usai solat 5 waktu, setakat mana kesungguhan kita dalam memohon doa?
Setakat mana munajat kita kepadaNya?
Telah Allah janjikan lagi;
Wahai orang-orang beriman! Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat. Sungguh, Allah berserta orang-orang yang sabar.
[Surah al-Baqarah: ayat 153]
Maka layak lagikah kita untuk mengeluh?
Semuanya telah diberi panduan olehNya...
Jika kita inginkan sesuatu, berdoalah...
Jika kita mahukan sesuatu, usahakan yang terbaik!
Mungkin lambat sedikit, mungkin juga...langsung doa kita itu,kita merasakan tidak dimakbulkanNya. Tapi percayalah! yakinlah! Bahawa Allah akan memberi ganjaran yang lebih besar buat orang-orang yang sabar, yakni syurgaNya!
Doa Dimakbulkan oleh Allah Melalui Banyak Cara
Ya. Ketahuilah wahai jiwa-jiwa yang mengharap padaNya...
Bahawa doa itu dimakbulkan oleh Allah melalui banyak cara.
Ketahuilah bahawa ilmu Allah itu tida terjangkau dek akal kita, hamba yang lemah.
Maka, pastinya Allah paling mengetahui setiap rintihan, keluhan, keresahan dalam hati kita, walau tidak kita luahkannya.
Maka, setiap ketentuan Allah itu pasti ada hikmahnya. Pasti.
Kita mungkin mengharapkan begini dan begini, namun Allah telahpun menetapkan hal yang lain buat kita. Kerna Dia Maha Mengetahui yang terbaik buat kita, hambaNya.
Percayalah. Pandang ke hadapan. Luaskan pemikiran. Ilmu Allah S.W.T itu terlalu luas, lagi Maha Tinggi.
Setiap bencana yang menimpa di Bumi dan yang menimpa dirimu sendiri, semuanya telah tertulis dalam kitab (Lauh Mahfuz) sebelum Kami mewujudkannya. Sungguh, yang demikian itu mudah bagi Allah.
Agar kamu tidak bersedih hati terhadap apa yang luput dari kamu, dan tidak pula terlalu gembira terhadap apa yang diberikanNya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membangga diri,
yaitu orang-orang yang kikir dan menyuruh orang lain berbuat kikir. Barang siapa berpaling (dari perintah-perintah Allah), maka sesungguhnya Allah, Dia Maha kaya, Maha terpuji.
[Surah al-Hadid, ayat 22-24]
Allah telah pun mengetahui apa yang bakal berlaku dalam kehidupan kita, sedangkan kita tidak mengetahui apa-apa.
Mungkin hari ini kita boleh tersenyum, tapi esok lusa belum tentu. Rugilah insan-insan yang dalam hidupnya, dia leka, gembira tanpa pernah merasai nikmat derita.
Kerana Dia tidak pernah teruji imannya dengan kesusahan. Dia belum pernah merasai nikmat merintih padaNya. Tapi kita? Insan-insan yang diuji dengan kesusahan ini pernah merasai semua itu. Yakinlah bahawa Allah telah menghitung setiap keikhlasan kita dalam berdoa, setiap jerih perih kita dalam berusaha, setiap keperitan kita dalam menghadapi ujian.
Allah Tahu semua itu.
Yakinlah wahai jiwa-jiwa yang tak pernah putus asa! Allah pasti membantu kalian. Pasti!
Waktu-waktu mustajab untuk berdoa
Ayuh insan-insan yang sabar, kita terus berdoa kepada Allah. Semoga dengan berkat keikhlasan dan kesungguhan kita, Allah makbulkan doa kita, jika tidak pun, moga Allah menggantikan permintaan kita itu dengan perkara yang lebih baik. InsyaAllah.
Tabahkan hati, cekalkan diri.
Ketahuilah, Sabar itu Hikmah.
Ini saya tinggalkan sedikit bingkisan untuk anda semua;
http://musafircyber.blogspot.com/2009/01/waktu-waktu-mustajab-berdoa.html
InsyaAllah, semoga bermanfaat. Jika tidak mendatangkan manfaat, tinggalkanlah. Masih banyak perkara-perkara baik yang boleh dilakukan.
Oh,ya. Sekarang penulis sedang berada dalam "Study Week".
Minggu depan, insyaAllah saya akan menghadapi peperiksaan Akhir Semester pula. Exam selama 3 minggu. Jadual Exam saya, alhamdulillah, tidak begitu membebankan benak fikiran. Syukur.
Saya akan tamat Final Exam pada 2 Jun, insyaAllah. Dan akan bermula praktikal (internship) pada 7 Jun ini. Placement internship masih belum dapat lagi ni.
Doakan semoga dipermudahkan buat saya ya. Antara perkara yang dirisaukan buat masa sekarang adalah placement internship ni. Sampai study pun fokus agak terganggu. Sabarkanlah diri ni, ya Allah...
Bila disebut-sebut atau mula bercerita kepada orang lain, biasalah. Jawapannya mesti, "Kejap lagi dapat la tu." Hanya mampu tersenyum. Tapi, resah di hati, siapa yang tahu? InsyaAllah, sikit masa saja lagi, akan dipermudahkan.
Ok, Ini adalah entri terakhir saya untuk bulan ini. Memandangkan saya bakal ber"Final Exam" tak lama lagi.
All the best juga untuk rakan-rakan seperjuangan yang bakal menghadapi Final Exam minggu depan. Moga Allah kurniakan kejayaan buat kita semua.
Jumpa lagi.
Dicatat oleh NajaTikaH pada Khamis, Mei 13, 2010 0 kritikan membina
Isnin, 3 Mei 2010
Thank You Allah

I was so far from You
Yet to me You were always so close
I wandered lost in the dark
I closed my eyes toward the signs
You put in my way
I walked everyday
further and further away from You
Oo Allah, You brought me home
I thank You with every breath I take
الحمد لله الحمد لله
All praises to Allah
I never thought about
All the things You have given to me
I never thanked You once
I was too proud
to see the truth
And prostrate to You
Until I took the first step
And that's when You opened the doors for me
Now Allah, I realized what I was missing
By being far from You
الحمد لله
All praises to Allah
Allah, I wanna thank You
I wanna thank You for all the things that You've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
And did You give me hope
O Allah, I wanna thank You
I wanna thank You for all the things that You've done
You've done for me through all my years I've been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
الحمد لله
All praises to Allah
الحمد لله
[Thank You Allah-Maher Zain]
Dicatat oleh NajaTikaH pada Isnin, Mei 03, 2010 0 kritikan membina
Label: lagu
Sabtu, 1 Mei 2010
Kembali...

Gambar selingan.tiada apa-apa maksud tersirat.
Alhamdulillah.Kita masih diberi peluang oleh Allah untuk terus bernafas di dunia yang fana (sementara) ini. Syukur juga kerana saya masih diberi peluang untuk menaip tiap patah bicara dalam blog yang tak seberapa ni.
Bila dikira-kira, sungguh lama saya tak kemaskini blog. Hampir sebulan lamanya. Kalau diikutkan sejarah saya berblog, inilah tempoh paling lama saya tidak menulis. Sungguh, saya rindu untuk menulis. Namun, bila diuji dengan kekangan masa, niat untuk menulis mati begitu saja.Lagipun, bila difikikan, apalah sangat dengan tulisan saya yang tak seberapa ni.
Sekarang, saya dalam minggu yang terakhir pengajian semester ni sebelum Study Week. Bermakna, tak lama lagi Final Exam bakal tiba. Sungguh, masa berlalu begitu cepat. Entah kenapa saya merasakan semester ini berlalu begitu pantas! Terasa teruja untuk melalui alam praktikal,tapi rasa sayang juga meninggalkan kampus, walau hanya 8 bulan. (8 bulan adalah tempoh yang lama saya kira)
Kemudian, saya ada berbaki lagi 1 tahun lagi untuk menamatkan pengajian. Doakan semoga dipermudahkan segalanya.InsyaAllah. Nyata lepas-lepas ni, banyak lagi cabaran yang bakal ditempuh. Kita tidak dapat menjangka apa yang bakal berlaku pada masa depan. Tapi kita dapat merancang sedikit demi sedikit apa yang ingin dilakukan. Ya, memang pada akhirnya Allah jua penentu secara mutlak, tapi kita sebagai insan biasa juga harus punya perancangan dalam kehidupan agar kehidupan menjadi lebih teratur dan mempunyai matlamat.
Oh.Bila dikenang-kenang kembali, saya jadi rindu pada umur yang muda dulu-dulu dan ada juga rasa terkilan sedikit. Masa berlalu begitu pantas, dalam masa yang sama, kita juga berubah mengikut peredaran masa. Dalam erti kata lain, berhijrah.
Saya rindu pada masa lalu yang saya kira cukup menyeronokkan.
Saya terkilan pada masa lalu kerana saya tidak berada di situasi ini ketika itu.
Bunyinya agak complicated bukan?
Satu yang boleh saya katakan, saya sangat bersyukur dengan kehidupan saya sekarang, kerana masih diberi peluang untuk mengecap nikmat iman ini,dan nikmat bersama-sama sahabat yang punya kefahaman yang sama.Susah dan senang bersama mereka.
Jika dulu, saya boleh dikatakan sering memberi tanggapan negatif terhadap sahabat2, tapi kini, sebaliknya. Alhamdulillah.
Banyak sebenarnya yang ingin diceritakan. Tapi bukan di sini mediumnya. Saya kini lebih selesa bercerita kepada insan-insan terdekat daripada meluahkan di blog.
Dulu, blog saya sering terisi dengan luahan-luahan rasa (sekarang pun ada sikit2), tapi sekarang, saya tidak lagi terasa ingin meluahkan di sini. Sebab saya ada mereka untuk mendengar.Yang paling utama, Allah ada untuk mendengar.
Saya suka quote ni; Bila susah, ingat Allah. Bila senang, ingat Allah. =)
Terlalu banyak yang saya belajar. Daripada sifat ego yang tinggi, saya cuba kurangkan sedikit demi sedikit. Sampai sekarang, saya tak dapat lupa kata-kata sahabat dan lecturer yang rapat. "AWAK NI KERAS HATI ORANGNYA".
Bila mereka menyebutnya, barulah saya menyedari, itulah sifat saya. Sifat negatif yang paling bahaya dan paling perlu untuk dibuang. Bila dibuang saja sifat yang satu ni, alhamdulillah. Segalanya dipermudahkan. Buat insan-insan di luar sana, ego tu tak ke mana. Hakikatnya kita hamba, tetap lemah di hadapan Allah. Usah terlalu melayan rasa ego tu.
Mungkin selepas ni, corak/pola penulisan di blog ni akan berubah sedikit. Tapi tak mengapa, demi penambahbaikan.
Itu saja untuk kali ni. Tak mampu untuk berceloteh panjang. Sekurang-kurangnya niat untuk menulis tercapai jua.
Jumpa lagi di lain waktu.
Wallahualam.
Dicatat oleh NajaTikaH pada Sabtu, Mei 01, 2010 2 kritikan membina
Label: coretan
Ahad, 21 Mac 2010
Antara Mata dan Hati
Bila melihat alam yang indah ini
Tidak terasa kebesaran Allah
Bila mendapat musibah lupa dirinya hamba
Nikmat yang datang tiada rasa darinya
Sepatutnya rasa malu kepadaNya
Kerana anugerahNya kepada kita
Membuat dosa rasa kekesalannya
Buta hati lebih merbahaya
Buta mata tidak nampak dunia
Buta hati tidak nampak kebenaran
Buta hati ditipu nafsu dan syaitan
Bahkan dilupakan saja
Semua orang rasa bangga dengan dosa
Bila menyebut neraka
Tidak terasa akan gerunnya
Bila menyebut syurga
Tidak terasa akan nikmatNya
Itu menunjukkan
Jiwa kita mati atau buta
[Antara Mata dan Hati- Hijjaz]
....
Astaghfirullah al azim...
Sungguh, terlalu banyak nikmat kurniaanNya yang tidak disyukuri selama ini.
Benar, manusia memang hanya akan menghargai sesuatu itu pabila telah kehilangannya.
Sungguh,diri ini tidak terlepas daripada melakukan sedemikian...
Lirik lagu ini memberi makna yang besar dalam hidup saya.Ada kisah di sebaliknya.
Apa kisahnya?
Biarlah hanya Dia yang tahu.
Cubalah cari lagu ni di mana-mana.Download, dan dengar.
Hayati.
InsyaAllah.
Pertama kali saya mendengar bait-bait lagu ini,saya tidak merasa apa-apa.Astagfirullah al azim...kerasnya hati ni.
Kali kedua, setelah cuba merendahkan ego, menitik jua air mata.
Harapnya bukan sekadar air mata yang menitis, tapi moga keinsafan yang bertandang itu kekal lama.
Wallahualam.
Dicatat oleh NajaTikaH pada Ahad, Mac 21, 2010 0 kritikan membina
Label: lagu, Muhasabah diri

